Jumaat, 24 Mac 2017

MEDIA FAM TRIP PART II - SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN

HARI PERTAMA (14 March 2017)
SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN


Expect an entertaining medley of music, dance and candy carts in this full 10-minute show featuring Hello Kitty and friends in an entirely original piece incorporating the use of roller blades and hover boards. The show is wholly produced by the attraction’s own entertainment team, and is available only in SANRIO HELLO KITTY TOWN, Puteri Harbour, Malaysia.

“We are always aiming to keep our entertainment content fresh and exciting for our loyal guests. Right on the heels of launching the Hello Kitty Themed Rooms by Hotel Jen Puteri Harbour, the introduction of Candy Parade will not only elevate the overall Hello Kitty experience but also create a strong connection with her fans out there. said Fahruddin Najumudeen, General Manager of SANRIO HELLO KITTY TOWN.


Okla, sis nak cerita pengalaman sis sewaktu berada di Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town. Kami menaiki Causeway Link Bus dari JB Sentral menuju ke Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town. Perjalanan hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.

Sesiapa yang datang sini pasti akan teruja sebab semua maskot dan perhiasan dalam ni comel-comel belaka. Sis tak henti-henti ambil gambar.. hihi… Permainan dalam ni pula semuanya menarik-menarik. Nak berhenti main? Memang susah.. hehe… Tapi jangan risau.. sebab keadaan dalam ni semuanya selamat dan selesa untuk para pelancong. J


Meja pendaftaran untuk team media. Pendaftaran berlangsung pada jam 12.30 tengahari di Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town.


Menu makan tengahari yang disediakan kepada kami. Sedapnyaa…


Para pelancong yang hadir perlu membeli tiket di kaunter tiket yang telah disediakan.


Gambar kenangan bersama Wendy Pau, team media. Oh ya,…. cantik tak Hello Kitty belakang kami tu? Jangan lepaskan peluang ambil gambar disini.. haha



Watak Utama kita, Hello Kitty. Pandai dia posing. Hehe



Apabila anda tiba di sini, jangan lupa main semua permainan yang terdapat di Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town. Keselamatan anda menjadi keutamaan.
 Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.



Sis dalam helicopter. Dah bersedia untuk terbang..


See! Apa yang kita dah hasilkan di Hello Kitty Town.
DIY dan boleh bawa balik lepas siap… Cantik tak? Hehe



Alamak…gambar bergegar sebab…..keretapi tengah berjalan. Sis dan kakak sis, Yaya Cendana yang memang hepi sebab dapat luangkan masa bersama di Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town.



Selain dari Hello Kitty, terdapat Thomas Town, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu di sini. Wowww!.. ni bukan 2 in 1 atau 3 in 1… tapi lebih dah ni… tak rugi dengan harga tiket yang dibeli ^_^


Alamak... Pingu ni lagi besar dari sis…. Huhu




Sis rasa nak bina sebuah rumah dengan bantuan Bob the Builder, boleh tak?




Di belakang sis adalah Angelina Ballerina yang mengajar kanak-kanak untuk menari dan berhibur. Kanak-kanak yang ingin join menari, akan dibekalkan accessories seperti skirt dan crown. (seperti yang awak awak lihat di belakang sis)




Pementasan teater yang turut disediakan untuk hiburan keluarga.



Nak membeli buah tangan? Semuanya lengkap dengan aksesori dan hiasan Hello Kitty. Geramnya.. macam nak borong semua.. hehe


Di belakang sis adalah Wellsworth Station. Antara tempat yang menarik dan cantik untuk bergambar.





Antara gambar yang sempat sis snap sebelum bertolak balik dan menuju ke destinasi seterusnya.


Ok… jarum jam dah menunjukkan 3.30 petang. Sudah puas bermain, bergambar, berhibur dan makan di sini, kami perlu bergegas ke Legoland Malaysia Resort. Nak explore semua tempat pelancongan di Johor Bahru dengan menaiki Bus Causeway Link, The Smiley Bus. Jom!!!!

Ikuti sambung perjalanan percutian sis lagi tiga tempat di entri berikutnya. Di mana? di paparandinamink.blogspot.my ^_^ Jumpa lagi!!! 

Video percutian sis boleh ditonton di media sosial :
Follow me on facebook/instagram : Ummu Habibah Nordin
Like my page : Ummu Habibah Nordin


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design