Bosan juga duk umah je dan tak buat apa2 kan? Cik Bib pun ajak lerrr sahabat yang memang rapat dari zaman kampus jalan2 g Taman Eco Rimba Park Bukit Nanas..macam2 kitorang plan sebenarnya, nak pegi sana-sini... Tapi tak nak ke mana...Untuk vacay kali ni, kami berdua plan nak pergi tempat yang masuk percuma sahaja!....
Jadi, kitorg pun ambil keputusan g Taman Eco Rimba Park Bukit Nanas memandangkan taman tu adalah hutan dalam bandar yang boleh buat korang keluar dari kesibukan kotaraya...Jom, Cik Bib nak bawa korang ke Taman Eco Rimba Park Bukit Nanas yang terletak tak jauh dari Menara Kuala Lumpur...
For those yang nak datang ke sini, landmark adalah Menara Kuala Lumpur, dan boleh turun ke LRT Masjid Jamek dari KL Sentral...kemudian, amek grab... dalam RM5-7 sahaja nak sampai ke mari...
Pergi je tak seronok la kan kalau tak tahu sejarah....
Sebenarnya, taman ini merupakan kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini ialah kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan.
Kat taman ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya... antaranya dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna. Terdapat 3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong). Korang juga berpeluang menikmati keindahan melalui berjalan atas titian yang digelarkan sebagai "Canopy Walk".


Bagi yang takut sesat dalam ni jangan risau sebab kawasan ni cuma lebih kurang 9.3 hektar sahaja.. tak terlampau besar sangat cuma kena hati-hati je la..sebab kawasan ni berbukit bukau... pemakaian kasut dan pakaian yang bersesuaian adalah digalakkan... macam Cik Bib, hanya berpakaian kasut berjalan sahaja..tak pakai kasut sukan pun.... santai-santai je....
Cik Bib sarankan, kalau rasa takut sesat juga....ambil gambar peta ni siap2 untuk persiapan masuk ke dalam taman...
Kalau korang masuk melalui tower 3.... korang akan melalui "Canopy Walk" dulu, barulah korang akan jumpa danau2.... trek nya amat bersesuaian untuk berjoging dan tidak terlampau curam...
Selain daripada itu, melalui pintu masuk tu terdapat satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan dan dihadapannya mempunyai satu lambang harimau dan beruang... jangan lepaskan peluang untuk bergambar di situ...
Waktu Lawatan
Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am.
Dalam Taman Eco Rimbo Park Bukit Nanas ini, korang akan berpeluang untuk melihat Taman Herba dan Taman Pakis... Kita bukan nak jalan2 je tau tapi nak isi fikiran kita dengan ilmu yang bermanfaat, ye dak!


Pesan Cik Bib... bergambar kat sini boleh...cuma kena berhati2 dan jangan pijak sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat kepada diri seperti sarang semut... Selalu awas persekitaran yang anda lalui....
Kalau korang tak pernah tengok Bamboo dari jarak dekat... kat dalam hutan ini turut mempunyai tanaman Bamboo yang agak tinggi juga...
Bagi korang yang nak bawa makanan dan minuman di dalam ni adalah turut digalakkan sama sekali... Sebab kat dalam ni takde jual makanan atau minuman ya....
Sebelum kitorang datang sini pun, kitorang shopping2 dulu kt midvalley beli bekalan hidup untuk kudapan dalam taman nanti....
Kitorang ambil masa 2 hingga 3 jam dalam ni... merentasi semua danau-danau dan titian yang ada dalam taman ni dan lebih baik kalau korang create idea untuk buat macam-macam aktiviti seperti kami...
So....Cik Bib harap info2 yang Cik Bib beri ini memberi inspirasi kepada korang yang tak tahu nak berjalan ke mana... bagi sesiapa yang datang ke Menara KL, tidak salah untuk berjalan terus ke Taman Eco Rimba Park Bukit Nenas ni lepas melihat keindahan di kotaraya....
Moga bermanfaat... jumpa di trip akan datang ^_^
0 ulasan:
Catat Ulasan