Hari Pertama
LEGOLAND MALAYSIA RESORT
Hye...
Selepas Sanrio Hello Kitty & Thomas Town, sis dan team media menaiki Causeway Link Bus menuju ke Legoland Malaysia Resort.
Sebelum sis bercerita dengan lebih lanjut, sis teruja untuk berkongsi sedikit latar belakang Legoland Malaysia Resort yang terletak di Iskandae Puteri (Johor Selatan),
Johor Bahru, Malaysia.
Legoland terkenal dengan keunikan dan keistimewaannya tersendiri. Kalau awak semua ingin tahu, Legoland merupakan satu-satunya taman aktiviti yang lengkap dengan binaan asas diperbuat dari lego.
Untuk ke Legoland, perjalanan hanya mengambil masa 10 minit dari Singapura Tuas Second Link, 15 minit dari Bandaraya Johor Bahru dan 20 minit dari Lapangan Antarabangsa Senai.
Jangan risau sekiranya tiada pengangkutan hendak ke Legoland. Kerana apa? Kerana terdapat banyak pengangkutan awam yang akan melalui Legoland ini. Antaranya adalah Causeway Link Bus yang akan beroperasi setiap hari dari JB Sentral, Larkin, Gelang Patah dan Johor Premium Outlet.
Hanya menggunakan **Travel Ride Pass** . So, tanpa perlu bersusah payah untuk tambang bas menggunakan cash, awak semua boleh menggunakan pass tersebut selama tiga hari ke mana sahaja destinasi anda.
Apabila tiba di Legoland, terdapat dua jenis pass yang disediakan khusus untuk para pelancong yang hadir secara sahabat handai atau bersama-sama keluarga.
Pass tersebut boleh digunakan selama 12 bulan, bila-bila masa sahaja dan tanpa had.
Dua pass tersebut adalah :
1) Premium Annual Pass - Digunakan di Taman Tema dan Taman Air.
2) Standard Annual Pass - Digunakan di Taman Tema sahaja.
Legoland Malaysia Resort dibuka dari Jam 10 hingga 6 petang.
Namun, sekiranya cuti awam, cuti persekolahan dan hari minggu, Legoland akan dibuka pada tempoh waktu yang lebih panjang.
Baiklah .. sis tak sabar nak kongsi pengalaman yang sempat sis peroleh di Legoland Malaysia Resort. Kami hanya diberikan tempoh waktu yang sekejap sahaja. Namun, sis sempat untuk merasai permainan yang terdapat di sana, merakam dan mengambil gambar.
Tak sabar nak explore apa yang best di sini.
Antara yang terbaru di Legoland Malaysia Resort.
Lego Bricks yang terdapat berhampiran pintu masuk. Dapatkan lego kegemaran dan bina kreativiti mengikut citarasa awak dan keluarga.
The Cafe.... sedap-sedap makanan dalam kafe ni. Tapi jangan pelik apabila anda akan disambut oleh suara lelaki yang akan mengejutkan anda walaupun lelaki itu tidak bernyawa.
LEGO KINGDOMS... Jalan masuk menuju ke Merlin's Challenge dan Dragon Roller Coaster.
Merlin's Challenge adalah permainan berkelajuan tinggi untuk para pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan cabaran.
Sudah pasti jalan masuk menuju ke Legoland adalah tenang dan penuh kehijauan. Tenang? Sebab berkelajuan tinggi? of courselah tidak! Sis sendiri takut pada kenderaan yang laju dan gayat dengan ketinggian.
Sis cakap begitu sebab laluan masuk ke Merlin's Challenge dan Dragon Roller Coaster ini penuh dengan kehijauan, pokok dan tumbuh-tumbuhan yang menggamit mata. Selain itu, terdapat juga patung yang dibina dari Lego di persekitarannta. Wow!!! Sis memang takkan lepaskan peluang berswa-foto di sini ^_^
Siapakah sekuriti yang pemalas ini? Sempat lagi dia tidur di sebelah gerbang pintu masuk. Aih...
Banyak banyak makanan...jari sis juga yang si serigala ni nak makan..hmmm..
Bangunan apakah itu? Inilah bangunan yang membolehkan para pelancong cuba merasai pengalaman di Merlin's Challenge. Ianya dikenali sebagai Lego Kingdom.
Meh sis nak payung sikit swa-foto di hadapan Lego Kingdoms.
Awak semua yang melihat situasi ini, pesan sis, jangan cuba-cuba nak selamatkan lelaki yang berdiri di depan pintu itu.
Merlin's Challenge yang mengandungi 24 kereta yang boleh dinaiki oleh 48 pelancong dalam satu masa.
Dragon Roller Coaster adalah permainan yang membawa kanak-kanak merasai pengalaman mengembara di Royal Castle. Terdapat dua ekor fire-breathing dragons di atas roller coaster tersebut.
So.. jangan lepaskan peluang untuk anak-anak anda merasai pengalaman menaiki The Dragon Roller Coaster.
Ninjago!.. waccaaaa!!!!
**Baiklah.. sekarang kita nak mengembara ke MINILAND : Asia in Lego Bricks**
Gambar-gambar di bawah adalah binaan yang diperbuat daripada Lego. Bahan binaan tersebut melambangkan ibu negara yang terkenal di Asia, bandar dan landmark yang berukuran 1:20 menggunakan 30 juta Lego Bricks.. Wowwwww!
Miniland yang terdapat di Legoland Malaysia adalah bahan binaan yang terbesar di sesebuah taman dan merupakan projek yang mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkannya. Terdapat pelbagai model seperti figura, keretapi dan kapal terbang yang hanya boleh disentuh menggunakan butang.
Terdapat 17 negara yang terdapat di Miniland. Salah satu daripadanya adalah Johor Bahru, Malaysia, Brunei, Singapura, Brunei, Cambodia, Laos, Myanmar dan Thailand.
Tahukah anda?
Salah satu daripada model miniland adalah model Istana Bukit Serene, kawasan istana dan penginapan Sultan Johor yang terletak di Johor Bahru, Malaysia. Ianya mengambil tempoh masa selama 2,300 jam untuk membina dan 278,023 bricks untuk menyiapkannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Disebabkan masa tidak mengizinkan sis dan team media lain untuk explore lama-lama di Legoland. So, hanya itu sahaja sempat sis kongsi kepada awak semua.
Legoland Malaysia Resort bukannya kecil untuk explore sehari.. memang perlu mengambil masa dua hingga tiga hari untuk merasai semua permainan dan tempat menarik di Legoland ini. Sis harap lepas ni akan menjejakkan kaki ke sini lagi dan explore semua tempat.
Baiklah. Badan dah letih... perut dah lapar... lepas Legoland, kita check in pula di Granada Hotel, Johor Bahru.. Bersihkan diri dan rehatkan badan sebab sebelah malam nanti akan diadakan Press Conference Media Fair Trip 2017 yang akan disampaikan oleh Exco Pelancongan, Perdagangan Domestik dan Kepenggunaan; Datuk Tee Siew Kiong.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan, sila hubungi di talian tertera di bawah :
Mel@Nur Akmal Abd Hamid
[Eksekutif Perhubungan Awam Legoland Malaysia Resort]
Tel : 07-5978836 atau Fax : 07-5978854
Emel : Mel.Hamid@LEGOLAND.my
Ikuti sambung perjalanan percutian sis lagi dua tempat di entri berikutnya. Di mana? di paparandinamink.blogspot.my ^_^ Jumpa lagi!!!
Video percutian sis boleh ditonton di media sosial :
Follow me on facebook/instagram : Ummu Habibah Nordin
0 ulasan:
Catat Ulasan