Penat tapi menenangkan! Memandangkan hari tu dah ke Astaka Morocco... kali ni Cik Bib nak cerita sikit keberadaan Cik Bib kat Taman Botani, Putrajaya... Cik Bib pergi tanpa ditemani sesiapa... so, memang selfie la yang banyak... Mula-mula masuk memangla panas... lama2 hujan makin lebat kt sini....haha
Waktu Cik Bib masuk ke Taman Botani ni, Cik Bib melalui pintu dari Astaka Morocco... Kalau korang masuk melalui pintu Pusat Interpretif Pelawat, korang akan nampak tempat yang Cik Bib tunjukkan kt bawah ni... Lawa weyh... Sesuai untuk bergambar.. Masa Cik Bib amek gambar ni pun time keluar dari Taman Botani tapi okayla sebab dah alang-alang ke Astaka Morocco tu kan... ^^
Nak masuk taman ni terdapat banyak tempat yang boleh korang pergi....bole je ikut signboard kt bawah ni kalau tak tahu nak pergi mana dulu ^^
Kalau rasa jalan kaki tu jauh...bole je nak sewa basikal...
Waktu operasi Sewaan Basikal (RM 8 Sejam)
Sabtu - Khamis = 9 AM - 12 PM dan 2 PM - 5 PM
Jumaat = 9 AM - 11 AM dan 3 PM - 5 PM
Tapi disebabkan Cik Bib masuk melalui Astaka Morocco, so.... kat bawah adalah perjalanan menuju ke Taman Botani... Shortcut la senang citer... tak jauh pun dari taman ni.. So.. jalan kaki jela... panas sikit je pun...huhu
Terdapat tasik yang menghubungkan taman ni dengan seluruh tasik buatan manusia area Putrajaya..ni.... Cik Bib suka betul dengan jambatan ni... walaupun tak berapa nak kukuh, tapi nampak cantik... Jambatan ni berbentuk zig-zag....Korang jangan melompat pulak kat atas ni... haha
Yes! I did it!!....
Dah namanya botani, maka banyaklah tumbuh-tumbuhan ye dak!... Sesuai untuk pencinta alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan macam Cik Bib... hihi...
Meyh Cik Bib nak bawa jalan-jalan pergi melawat Taman Paku Pakis.... ^^ Nak menuju ke Taman Paku Pakis kena naik sedikit bukit... Cik Bib gigihkan jugala walaupun Cik Bib kurang gemar naik bukit2 ni.... tapi sebab Cik Bib nak tengok juga apa yang ada kat situ... Cik Bib pun gagahi jua...^^ Macam-macam jenis paku pakis ada dekat sini... nak petik boleh x? nak buat masak! hahaha
Habis jalan-jalan kawasan tanaman paku pakis.. Cik Bib jalan terus menuju ke satu anak bukit ... Cik Bib pun naiklah satu bukit bertangga yang dibuat dari batu yang agak tinggi... Bukit ni dinamakan Sigai Seri... Cik Bib melalui Laluan Pandanus daripada tasik... Landskap kt sini sangat la cantik...
Masa nak otw ke atas, korang akan melihat di sebelah kiri bukit ada satu Terowong Bukit Kertas. Cik Bib pun menyinggah la kejap ^^
Cik Bib meneruskan perjalanan menaiki tangga berbatu ni... Tangga ni menuju ke mana? Naik je tapi x tau arah tuju kan? Cik Bib la tu...Cik Bib naik je tangga ni tapi tak tahu menuju ke mana...
Namun, makin lama makin tinggi la Cik Bib naik sampai tak sedar hujan membasahi bumi... tapi Cik Bib masih lagi tak berputus asa nak tahu apa ada kat atas??
Kat atas ada Sundial di Taman Suria.... Apa pulak Sundial ni... meyh ler Cik Bib bawa korang g sana... haha
Oh...ni la Sundial...akhirnya jumpa juga penhujung bukit bertangga batu ni ^^
Penat jugak nak atas ni... Cik Bib pun amek masa dua-tiga minit je atas sebab sorang-sorang waktu tu... tak berani la pulak...haha.. Cik Bib pun turun menuruni tangga dan berehat kat tepi tasik ambil angin sebelum pulang ke rumah....
Dari jauh boleh nampak Jabatan Perdana Menteri....^^
Sekian saja coretan Cik Bib melawat ke Taman Botani Putrajaya...Begitu tenang, hati pun senang.... Hujan pun tak menghalang Cik Bib untuk menghabiskan perjalanan di dalam ni... So, sapa2 yang rasa nak melancong kat Putrajaya.. boleh la datang ke sini.. Masuk percuma sahaja!...Alhamdulillah... seronok sangat-sangat! ^^
0 ulasan:
Catat Ulasan