Rabu, 22 Februari 2017

Kelebihan Selawat

42 RAHSIA DAHSYATNYA SELAWAT
NABI محمد صلى الله عليه وسلم

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, memberi nasihat:

“Ketahuilah membaca selawat kepada Nabi محمد صلى الله عليه وسلم adalah salah satu ibadah paling mulia, bentuk ketaatan paling:
Ⅰ—Luhur.
Ⅱ—Ibadah yang paling tinggi nilainya yang diperintahkan اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى kepada kita.
Ⅲ— Bentuk penghormatan kemuliaan.
Ⅵ—Mengagungan darjat Baginda صلى الله عليه وسلم.

Orang yang membaca selawat dijanjikan akan mendapatkan tempat paling mulia di akhirat dan pahala besar di sisi اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.

Membaca selawat adalah amalan perbuatan yang:
Ⅰ— Sebagai penyelamat.
Ⅱ—Ucapan paling utama.
Ⅲ—Ibadah yang menguntungkan, mengandung barokah paling banyak.
Ⅳ— Ehwal yang paling kukuh.

Dengan membaca selawat, seorang hamba mampu meraih keredhaan اللّٰه yang Maha Penyayang. Memperolehi kebahagiaan dan restu اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى dengan:
Ⅰ—Barokah.
Ⅱ—Doa mudah dikabul.
Ⅲ—Bahkan mengangkat seseorang ke tingkatan darjat yang lebih tinggi.
Ⅵ—Pengubat penyakit hati.
Ⅴ—Diampunkan dosa-dosa besarnya.

Firman اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى :

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىِّ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
“Sesungguhnya اللّٰه dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (QS Al-Ahzab 33: 56)

Dalam Kitab As-Safinah Al-Qadiriyah, Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menjelaskan tentang keutamaan-keutaman berselawat kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم dengan merujuk apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Furhan dalam kitab Haqa’iq Al-Anwar.

Beliau mennelaskan 42 keutamaan dan keuntungan berselawat kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم .
Menurutnya, “Membaca selawat kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم
dapat membuahkan banyak faedah yang akan dimiliki oleh seorang hamba:

42 Kelebihan Itu Adalah:

1. Berselawat untuk نبي محمد صلى الله عليه وسلم bererti melaksanakan perintah اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.

2. Berselawat itu bererti meniru اللّٰه yang berselawat kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

3. Berselawat itu bererti meniru malaikat-malaikat-Nya yang berselawat kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

4. Mendapat balasan 10 kali ganda selawat dari اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى .
untuk diri kita pada setiap selawat yang kita ucapkan.

5. Akan digangkat darjat orang yang membaca selawat 10 tingkat lebih tinggi.

6. Mendapat 10 catatan kebaikan.

7. Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى menghapuskan 10 dosa keburukan.

8. Berpeluang besar doanya akan dikabulkan اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى .

9. Selawat adalah syarat utama mendapat syafaat dari نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

10. Selawat adalah syarat untuk mendapat ampunan اللّٰه dan akan ditutup segala aib.

11. Selawat adalah syarat untuk memperoleh perlindungan dari segala hal yang ditakutinya.

12. Selawat adalah syarat seseorang mendekatkan diri dengan نبي محمد صلى الله عليه وسلم .

13. Nilai selawat sama dengan nilai sedekah.

14. Selawat adalah alasan bagi اللّٰه dan para malaikat untuk membacakannya selawat balasan.

15. Selawat adalah syarat kesucian jiwa dan raga bagi pembacanya.

16. Dipenuhinya segala keinginannya.

17. Selawat adalah alasan seseorang mendapat kabar baik bahwaa dirinya kelak akan memperolehi syurga.

18. Selawat adalah faktor memperolehi keselamatan di Hari Kiamat.

19. Selawat adalah alasan bagi نبي محمد صلى الله عليه وسلم untuk mengucapkan selawat balasan.

20. Selawat dapat membuat pembacanya teringat akan semua hal yang dilupakannya.

21. Selawat dapat membuat harumnya sebuah majlis pertemuan dan orang-orang yang menghadiri tidak akan mendapat kerugian di Hari Kiamat kelak.

22. Selawat dapat menghilangkan kemiskinan dan kefakiran bagi pembacanya.

23. Selawat dapat menghapus julukan orang kikir ketika selawat dibacakan.

24. Selawat menjadi penyelamat dari doa ancaman نبي محمد صلى الله عليه وسلم bagi orang yang membaca selawat ketika namanya disebutkan.

25. Selawat akan mengiringi perjalanan pembacanya kelak di atas jembatan menuju syurga dan akan menjauh dari orang yang tidak membacanya.

26. Selawat akan menghilangkan keburukan-keburukan di suatu majlis pertemuan yang tidak dimulai dengan menyebut nama اللّٰه dan Rasul-Nya.

27. Sslawat adalah penyempurna pahala dari sebuah percakapan yang dimulai dengan menyebut nama اللّٰه dan membaca selawat kepada Rasul-Nya.

28. Selawat adalah faktor yang dapat menyelamatkan seorang hamba ketika berada di atas jembatan menuju syurga.

29. Selawat menghapus status sebagai pembenci selawat.

30. Selawat adalah alasan bagi اللّٰه untuk mengumumkan pujian baiknya kepada pembaca selawat tersebut di hadapan semua makhluk, baik di bumi maupun di langit.

31. Selawat dapat mendatangkan rahmat اللّٰه

32. Sslawat dapat mendatangkan keberkatan.

33. Selawat dapat menebalkan cinta kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم
dimana cinta ini merupakan simpul pokok keimanan dan, keimanan seseorang belum sempurna tanpa adanya cinta kepada Nabi.

34. Selawat dapat memikat hati نبي محمد صلى الله عليه وسلم agar mencintai dirinya.

35. Selawat mendatangkan hidayah dan menghidupkan hati yang telah mati.

36. Selawat adalah syarat agar nama pembacanya disebut-sebut di hadapan نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

37. Selawat dapat memantapkan iman dan Islam serta membacanya sama dengan memberi hak yang layak diterima oleh نبي محمد صلى الله عليه وسلم.

38. Selawat merupakan bentuk syukur kita atas segala nikmat dari اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى.

39. Bacaan selawat mengandung zikir, syukur dan pengakuan atas nikmat اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى .

40. Selawat yang dibaca seorang hamba adalah bentuk doa dan permohonan kepada اللّٰه, terkadang doa itu dipersembahkan kepada نبي محمد صلى الله عليه وسلم dan tak jarang pula untuk dirinya sendiri, kerana selawat dapat mendatangkan tambahan pahala.

41. Selawat adalah buah yang paling manis dan faedah paling utama yang dapat didatangkan dari pembacaan selawat atas نبي محمد صلى الله عليه وسلم adalah melekatnya gambaran seorang Nabi yang mulia di dalam jiwa pembacanya.

42. Memperbanyak bacaan selawat atas نبي محمد صلى الله عليه وسلم menjadikan dirinya satu tingkatan dengan darjat seorang Syekh Murabbi (guru spiritual).

As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani Al-Hasani.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design