Sabtu, 24 Mac 2018

JELAJAH MENARA KUALA LUMPUR (KL TOWER)

Disebabkan saya suka dengan aktiviti yang adventure dan mencabar, jadi saya memilih untuk mengajak sahabat saya menjelajah Menara Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing dari sejak dari awal penubuhannya.



Menara Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia


Kalau anda datang ke Kuala Lumpur, jangan teragak-agak untuk singgah ke KL Tower yang saya kira sangat unik dengan keindahan dan ketinggian yang terdapat dalam menara tu...  Sekarang kan musim cuti sekolah, why not ajak anak-anak atau kawan-kawan melancong dalam negara sendiri... hihi.. Bukan sahaja dapat menikmati pemandangan sekitar KL dari atas menara tetapi dapat juga mencabar diri anda pada ketinggian 421 meter...



Masa datang sini, cuaca agak mendung jugakla.. pada mulanya kami tidak dibenarkan naik Sky Desk dan hanya boleh masuk ke Observatory Deck...tapi peduli apa kami...hihihi.. gigih juga kami tunggu tapi tak lama la.. dalam 10-15 minit juga nak tunggu hujan tapi mujurla tak lebat sangat.. gerimis mengundang je... so, tercapai jugalah hasrat nak naik KL Tower.

Kalau anda yang rasa nak melancong dengan percutian yang bajet, KL Tower merupakan salah satu tempat yang menarik untuk anda kunjungi..

Nak masuk tak mahal pun tiketnya... hanya RM75 (dewasa/per pax). Dengan harga tu, anda boleh ke Sky Deck dan Observation Deck... kire pek combo la ni... 



Memandangkan cuaca gerimis, jadi tudung adalah basah sikit... so, anggap jela anda tak nampak tudung basah saya tu... huhu...




Kami di SKY Deck... takut tinggi? Gayat? Of course la tak.... bagi anda yang takutkan pada ketinggian dan risau akan keselamatan, jangan risau... sebab bila anda naik ke SKY Deck ni, ada pengawal yang akan jaga dimana setiap satu round, hanya dibenarkan 3-5 orang sahaja naik...so, tak berat la... saya sarankan anda semua bawa monopod! kata nak amek gambar dengan view yang cantik... hehe



Bagi anda yang takut berlapar kat KL Tower, jangan risau juga sebab terdapat Sky Cafe yang menyediakan pelbagai juadah di dalamnya... jadi, sambil makan, dapat menikmati pemandangan KL dari atas... Best bukan?




Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil gambar dengan hasil seni yang disediakan di sekitar menara.  
Acah-acah dah ready nak terbang la ni.... 

Lepas puas berjalan-jalan dan mengambil gambar di sekitar Sky Deck dan round selama 2 kali di atas, kami berdua turun ke Observation Deck untuk jengah apa yang ada kat dalam tu...


Replika menara-menara diseluruh dunia turut dipamerkan di sini....



Bagi anda yang nak melihat apa yang berlaku dari bawah dari jarak dekat, di Observation Deck ada menyediakan teropong di mana anda boleh melihat jalan raya, kereta, malah kawasan perumahan... tapi awas... jangan sesekali nak mengintai orang dalam rumah pula...!! hihi

Terdapat kedai-kedai cenderahati dan kedai runcit yang terdapat dalam deck ni...  Bagi penggemar coklat, terdapat juga kedai menjual coklat... seluruh kedai tersebut dipenuhi coklat... Tempat duduk turut disediakan sekiranya anda semua penat berjalan dan sebagainya...

Memandangkan kami hanya bajet sahaja perjalanan kali ini dan masa yang suntuk sebab kami datang pun dah tengahari.... jadi, kami berdua bercadang untuk ke dua tempat ini sahaja walaupun pelbagai aktiviti dapat dilakukan di Menara Kuala Lumpur ini... berikut merupakan harga-harga masuk kalau anda berminat nak mencuba aktiviti yang menarik... one day, kami akan masuk ke seluruh tempat di bawah... ^_^



(Gambar google)


Di hadapan menara ni, anda akan nampak Upside and Down House yang pertama di Malaysia. Masuk hanya RM15 (adult) sahaja. Agak berbaloi jugalah kalau anda gemarkan pada kesenian....


Sebelum balik....sempat untuk saya bergambar di logo mercu tanda KL Tower ini.

Sooo bagi anda yang tak tahu nak pergi mana dan belum merasai keunikan di KL Tower ini, jom ajak keluarga dan rakan-rakan melancong di sini... Murah pun murah...masa cuti juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah...kan?... 

Rasanya itu sahaja coretan kali ini... hingga berjumpa lagi.. bye~






0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design