Jumaat, 31 Mac 2017
MEDIA FAM TRIP III : LEGOLAND MALAYSIA RESORT
Jumaat, 24 Mac 2017
MEDIA FAM TRIP PART II - SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN
Sesiapa yang datang sini pasti akan teruja sebab semua maskot dan perhiasan dalam ni comel-comel belaka. Sis tak henti-henti ambil gambar.. hihi… Permainan dalam ni pula semuanya menarik-menarik. Nak berhenti main? Memang susah.. hehe… Tapi jangan risau.. sebab keadaan dalam ni semuanya selamat dan selesa untuk para pelancong. J




Nak membeli buah tangan? Semuanya lengkap dengan aksesori dan hiasan Hello Kitty. Geramnya.. macam nak borong semua.. hehe
Jumaat, 17 Mac 2017
UMMU HABIBAH NORDIN (SEBELUM DAN SELEPAS)


Khamis, 9 Mac 2017
PENGALAMAN SEORANG PERANTAU
Sebenarnya, sy prefer study dan bekerja di negeri sebelah utara sejak dari dulu lagi sebab tu pilih menuntut ilmu di USM dan MATIN, Perlis. Empat tahun berada di sana. Bahasa pun hampir tertukar. Hehe..
Tapi sebelum tu, sy ramai kawan-kawan sejak dari kecil di negeri pantai timur sebab pernah berhijrah dan menginap di Kem Tentera di Kelantan dan Pahang bertahun lamanya. Masa tu memang lupa bahasa Johor sebab sejak tadika sehingga sekolah menengah kt pantai timur. 😅 Sedangkan lepas sy lahir sendiri, tak berapa lama kemudian family berpindah di Kuala Lumpur dan Selangor. Saya memang tidak dibesarkan di Johor. 😭
Jangan pelik kalau sy faham bahasa org selatan, utaqa dan pantai timur ni 😉
Kemudian again family berpindah di Johor. Sebab keluarga berlatarbelakangkan tentera. Tahun ni, kalau ikutkan dah 10 tahun tinggal di Johor sejak dari tingkatan tiga.
Masa mula-mula pindah sini, terkejut sebab macam tak kenal bahasa Johor sendiri sedangkan lahir di Johor. Tapi hati berkata sampai bila tak nak kenal negeri kelahiran sendiri.
Dalam masa yang sama, macam-macam jenis kawan dah sy jumpa baik utara, pantai timur mahupun negeri di selatan sendiri. Ada kwn yg mkn kwn, jenis yg setia dan peramah pn ada... jenis selfish pun ramai.... 😊
Hidup pula selalu di bandar, tidak pernah tinggal di kampung. Bahkan rumah kedua-dua nenek dan atuk sy sendiri di bandar. Ramai mengambil kesempatan itu. Masa tu la kwn2 kiri kanan nk pinjam duit la, itulah dan inilah 😭
Kawan pula takde yang terlalu rapat. Jujurnya, sy seorang yg tak kisah berkawan dgn siapa. Mungkin kerana faktor sudah biasa bertukar kawan disebabkan berhijrah suatu ketika dulu. Saya hanya akan pilih selepas itu dengan siapa sy akan berkawan.
Sebab itulah sy cuba berusaha menjadi kwn yg baik. Namun sekiranya ada individu yg berpura-pura anggap saya sebagai kwn, sy terus perlahan-lahan menjauhinya. Dan sy sendiri tak kisah andai ssiapa yg tak suka sy meninggalkan sy.. benda ni sudah terdidik dalam hidup sejak kecil.
Apa apa pun, bukan mudah hidup dalam keadaan begini. Banyak ujian yg perlu dilalui. Pernah menangis dan bergembira keseorangan. Pernah juga berteman tatkala susah senang.😭
Terima kasih buat sesiapa yg masih mengingati sy meskipun terpisah lama. Kalau nak throwback, sy sgt alu-alukan kat mana kite kenal, bila dan cerita pengalaman bersama-sama.. hehe.. 😄
Mungkin inilah masanya org memahami hidup seorang perantau yg memang tak pernah lari dari byk dugaan dalam kehidupan. Mungkin perjalanan hidup kita berbeza. Tapi tak mungkin kita takkan bersama. Am i right? 😄
#AnakJatiJohor
#KisahsayaPengalamansaya
#UmmuHabibahNordin