Khamis, 24 Disember 2015

SKRIP KEMAHIRAN KAUNSELING (USM) - KUMPULAN 75

Skrip ini dikongsi bersama. Mohon tiada plagiat. Sekiranya didapati plagiat, anda akan dikenakan akta hak cipta...Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan.. Skrip ini menyebabkan kami telah memperolehi markah A- dalam carrymark Kaunseling... :^_^

FASA AWAL (SESI 1)
KN : Assalamualaikum (mengetuk pintu)
KR : Waalaikummusalam. Silakan masuk. Jemput duduk (Kemahiran membuka). Awak dari mana tadi?
KN : Saya dari asrama.
KR : Oh dari asrama. Saya Azyyati. Boleh panggil saya akak. Awak pula ? Nama siapa? (Kemahiran membina hubungan)
KN : Nama saya Mia.
KR : Mia selesa duduk macam ni? Kalau tak, Mia cuba selesakan diri. Mia. Cantik nama awak. Boleh awak perkenalkan diri? Awak pelajar tahun berapa? (kemahiran membina hubungan)
KN : Saya pelajar tahun tiga jurusan perubatan.
KR : Oh course perubatan. Macam mana study?
KN : Ok je. Masa tahun satu dan tahun dua, saya boleh bawak semua subjek. Yelah sebab minatkan. Tapi …………
KR : Tapi apa dik? ( kemahiran membuka- penggalak minima)
KN : Susahlah nak cakap. Serabut kepala saya. Banyak sangat benda saya kena fikir. Belajar lagi. Keluarga lagi. Banyak sangat beban yang saya kena tanggung. Penatlah saya macam ni.
KR : InshaAllah akak boleh bantu. Akak merupakan kaunselor yang ditugaskan untuk membantu klien meluahkan segala masalah. Akak dah berpengalaman dalam bidang ini hampir 6 tahun. Semua perbincangan akak pernah dengar dan semua perbincangan antara kita adalah rahsia. Awak bebas nak cerita apa pun dengan akak. (kemahiran menstruktur)
KN : Menggangguk
KR : Sebenarnya apa yang merungsingkan awak? (kemahiran membuka- penggalak minima)


KN : Saya anak sulung. Mulanya keluarga kami bahagia tapi saya tak tahu apa masalah antara mak dan ayah. Saya tinggal kat usm, jadi bila cuti saya balek rumah. Lepastu adik adik selalu mengadu. Kalau saya tak balik pun, dorang akan call. Dorang akan telefon dan cerita masalah. Saya kat sini rasanya dah cukup beban dengan assignment lagi, lab report lagi, study case lagi. Dahlah adik beradik ramai, pastu ayah saya pulak buat hal. Dengan duit tak cukup. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa.
KR : Kenapa dengan ayah awak? Dia buat apa? (kemahiran membuka – menggalakkan klien bercakap)
KN : Kami semua tahu ayah ada perempuan lain. Tapi masalahnya yang kena cari duit semuanya mak. Ayah bukannya kerja. Selalu keluar malam. Balik pulak pagi-pagi. Pastu mabuk-mabuk. Kalau tak dapat duit, kami adik beradik selalu kena pukul. Saya takut dengan ayah. Nak cakap dengan ayah pun tak berani.
KR : Oh daripada apa yang saya faham, ibu dan ayah adik ada masalah. Adik pula anak sulung. Jadi tanggungjawab jatuh kat adik dan perkara ni la yang menganggu fikiran adik sehingga membuatkan adik stress. ( kemahiran membina matlamat – meringkas) Betul tak? ( kemahiran menstruktur )
KN : Mengangguk.
KR : Sabar ya dik. Mesti adik rasa sedih. ( kemahiran merefleks – perasaan da nisi kandungan). (sambil menepuk-nepuk bahu) ( kemahiran tanpa lisan, sentuhan )
KN : Oh saya lupa la kak. Saya ada kelas setengah jam lagi. Boleh tak saya minta diri dulu.
KR : Okay, baiklah. Adik boleh balik sekarang. Kita jumpa di sesi seterusnya ya. Hati-hati jalan.
KN : Okay kak, terima kasih.




FASA PERTENGAHAN ( SESI 2 )

KN : Assalamualaikum kak
KR : Waalaikummusalam dik. Terima kasih sebab datang lagi. Awak nampak ceria hari ni? Dah makan ke?
KN : Dah kak. Baru balek dari KFC ni. Akak dah makan?
KR : Baru je lepas makan. Macam mana kelas hari ini?
KN : Saya baru habis test tadi. Alhamdulillah, saya boleh jawab.
KR : Wah tahniah. Kalau macam tu, boleh kita mulakan sesi kaunseling kita?
KN : Boleh akak.
KR : Daripada sesi lepas, adik mempunyai beberapa masalah dengan pelajaran dan keluarga. Tambahan pula, ayah awak selalu pukul awak menyebabkan awak rungsing. ( Kemahiran membina matlamat- meringkas ) Jadi, apa perkembangan awak dan keluarga sekarang? (kemahiran menyoal)
KN : Sejak sesi lepas, saya cuba menguatkan diri mendekati ayah untuk berbincang masalah yang berlaku antara ibu dan ayah. Mulanya ayah macam kurang setuju dengan saya. Dia marah sebab saya masuk campur dalam urusan mereka. Tapi saya katakan kepada ayah kalau bukan saya, siapa lagi yang nak tolong selesaikan masalah ini.
KR : Seterusnya, apa yang terjadi? (kemahiran soalan tertutup)
KN : Sedikit demi sedikit ayah mula bersetuju dengan apa yang saya cakap. Ayah cerita pada saya, dia pun baru sedar perempuan yang selalu keluar dengan dia hanya nak duit ayah saja. Bukannya sayang dia pun. Lagipun ayah saya baru dapat harta pusaka. Jadi, masalah kewangan dah berkurang sikit. Tapi timbul pula masalah lain. Mak saya…….
KR : Kenapa dik? Kenapa dengan mak awak? ( kemahiran menyoal – soalan terbuka)
KN : Mak saya dah tawar hati. Dia dah tak nak tinggal dengan ayah saya lagi. Kata mak , dia tak nak pisang berbuah dua kali. Mak pun ingat saya dah bersengkongkol dengan ayah. Tapi sebenarnya tak, saya yang ajak ayah berbincang.
KR : Kamu ada cuba pujuk mak? Terangkan perkara sebenar.
KN : Belum sempat saya habiskan kata-kata, mak suruh saya diam. Jadi, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. (sambil mengeluh) ntahlah kak.
KR : Mak suruh kamu diam atau kamu sendiri yang mendiamkan diri? (kemahiran mencabar – membuat konfontasi)
KN : Mana ada kak.
KR : Akak rasa masa mula-mula awak cakap awak takut dengan ayah tapi awak beranikan diri untuk cakap dengan ayah. Sekarang apa salahnya awak beranikan diri cakap dengan mak pula. (kemahiran mencabar- membuat konfontasi)
KN : Sebab masa tu, ayah macam dah ok, dia dah dalam macam keadaan waras. Tapi masa saya cakap dengan mak, mak tak boleh kawal emosi. Dia nangis teruk. Jadinya saya diam. Tambah pula, saya rapat dengan mak. Saya tak sanggup tengok mak nangis. Jadi saya diam.
KR : Adik sepatutnya jumpa mak dan ayah sekaligus. Maknanya perbincangan tu semua orang boleh dengar. Jadi , takdela berlaku salah faham. Sebenarnya, lagi elok adik bercakap dengan dua-dua sekali. Jadi, mak dan ayah boleh respons (kemahiran melatih – demonstrasi secara live)
KN : Mengangguk
KR : Adik bawak la mak ayah pergi tempat kenangan mereka. Mungkin mereka boleh mengimbau kenangan indah masa lalu. (kemahiran melatih- demonstrasi secara live)
KN : Ha’ahlah kak. Mak pernah cerita dulu masa muda-muda mak dan ayah selalu pergi pantai. Mak selalu keluar berjalan dengan ayah.
KR : Haa..dah fikir dah tempat mana nak pergi? (kemahiran melatih – mengulang)
KN : Senyum. Dah kak. Kat Pantai Batu Feringgi. InshaAllah, nanti saya cuba bawa mereka.
KR : Okay. Oh ya. Pelajaran awak pula macam mana sekarang? (Kemahiran menyoal)
KN : Oh pasal belajar, pada saya ok ja. Kalau nak dibandingkan dengan kawan yang lain, saya rasa ntahlah..saya agak ketinggalan. Walaupun diorang asyik bergaduh. Tapi dorang selalu pesan jangan mengabaikan pelajaran sebab pelajaran tu penting untuk membantu masa depan kami sekeluarga. 
KR : Berdasarkan apa yang awak cerita, walaupun awak ada masalah keluarga tapi mereka sentiasa ingatkan awak tentang betapa pentingnya pelajaran. (kemahiran merefleks – perasaan dan isi kandungan)
KN : Walau macam manapun, bila mak ayah bergaduh tetap menganggu saya untuk belajar. Benda tu membuatkan saya tak boleh fokus kak.
KR : Pada pendapat akak, awak ada semangat yang kuat untuk belajar walaupun mempunyai pelbagai tekanan datangnya dari keluarga. (kemahiran mencabar – memberikan maklum balas)
KN : Betul jugak. Terima kasih kak. Lepas jumpa akak ni, saya rasa beban saya ringan sikit. Terima kasih sangat kak.
KR : Baiklah dik, sampai sini saja sesi kita untuk hari ini. Nanti kita jumpa lagi untuk sesi seterusnya.

KN : Nanti kita jumpa lagi ya.. Bye… J


MAJALAH CEDOK - FINAL YEAR PROJECT USM


OLEH : NURHABIBAH BINTI NORDIN (UMMU HABIBAH NORDIN)

Pengurusan dan Penerbitan Majalah (YWP 314) merupakan projek tahun akhir pelajar jurusan Kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia. Subjek ini diambil untuk memenuhi unit teras pelajar tahun akhir ini. Kuliah Pengurusan dan Penerbitan Majalah ini telah diambil untuk mempelajari kaedah penghasilan majalah yang menarik minat masyarakat supaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Dalam menghasilkan sesebuah majalah, pelbagai kaedah telah dipelajari untuk menghasilkan sesebuah majalah dari zero kepada produk yang merangkumi kemahiran dan idea yang bernas kepada masyarakat.
              Selain itu juga, kaedah untuk merancang dan pengurusan sewaktu penghasilan majalah turut dipelajari dalam subjek ini. Kaedah mengenalpasti majalah yang ingin dihasilkan perlulah merangkumi tema, konsep, keunikan, sasaran jualan, stail penulisan dan nada majalah. Kesemua perancangan ini perlulah diletakkan di dalam kertas konsep sebelum memulakan penghasilan majalah. Perancangan perlulah dilakukan dengan teliti dan mendapat persetujuan bersama dalam ahli kumpulan. Dalam menghasilkan majalah ini, pelbagai masalah telah dihadapi semasa menghasilkan kertas konsep.
              Kertas konsep erlulah menggunakan penulisan akademik. Walaubagaimanapun, kumpulan kami iaitu Kumpulah 2 telah melakukan kesilapan dengan menulis kertas konsep pertama yang menggunakan stail lebih santai dan tidak menggunakan petikan daripada pemikir atau sarjana. Kami telah mengambil inisiatif untuk membaiki kesilapan ini. Antara inisiatif yang diambil adalah berbincang dengan rakan sekumpulan dan membahagikan tugasan masing-masing. Memandangkan nama majalah kami adalah Majalah Cedok dan bertemakan makanan, ketua kami telah menetapkan bahawa setiap individu perlulah mencari beberapa jurnal yang berkenaan dengan majalah makanan khususnya di negeri Pulau Pinang. Kumpulan kami telah melakukan beberapa penambahbaikan atas cadangan yang diberikan oleh Dr. Azman Azwan Azmawati. Beliau merupakan pensyarah yang telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pengurusan dan Penerbitan Majalah kepada pelajar tahun akhir Komunikasi.
Selepas menghasilkan kertas konsep dan mengenalpasti tema dan konsep majalah, ketua kami telah membahagikan tugas setiap individu untuk menghasilkan 10 helai muka surat untuk buku dummy. Buku dummy adalah contoh atau model buku sebelum menghasilkan buku dan menjadi acuan dari keseluruhan proses penerbitan buku. (UPT Percetakan dan Penerbitan ITS, 2012) Seterusnya, mesyuarat telah diadakan untuk mengumpul semula buku dummy yang telah dihasilkan.
Langkah seterusnya, kami telah menemuramah sumber. Sumber yang telah saya temuramah adalah seorang usahawan telur pindang yang terkenal di negeri Johor iaitu Nordin bin Basiran. Manakala, 3 orang blogger yang terkenal di Malaysia juga telah ditemuramah iaitu Nina, Syukri Tahir dan Hafidz Iskandar. Sewaktu menemuramah sumber, saya tidak mengalami masalah kerana 4 sumber ini telah memberikan kerjasama yang baik. Saya telah melakukan temujanji dengan sumber sewaktu cuti semester dan mendapat persetujuan untuk menemuramah mereka. Mereka juga tidak memberikan tindakbalas yang negatif dan memahami bahawa maklumat yang akan saya peroleh adalah untuk tugasan Subjek Pengurusan dan Penerbitan Majalah.
Sebelum menembual sumber, beberapa perkara telah diambil kira untuk memastikan tidak berlaku kelompongan maklumat. Antara perkara yang menjadi timbang tara adalah soalan 5W 1H (who, where, when, why, what dan how). Selain itu, beberapa soalan telah dirangka sebelum menemuramah sumber. Soalan yang telah dirangka bertujuan mengelakkan kelompongan maklumat dan bersesuaian dengan maklumat yang ingin diperolehi. Sebarang penambahan soalan adalah bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh sumber.
              Selepas menemuramah sumber, kami telah merancang untuk menyunting rencana setiap ahli kumpulan kami. Setiap individu perlulah menyunting sebanyak 3 rencana dan rencana yang telah disunting akan dihantar kepada editor untuk memastikan artikel tersebut boleh diletakkan di dalam majalah Cedok. Kumpulan kami telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan memberikan idea yang bernas untuk memastikan penghasilan majalah kami berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan.
              Walaubagaimanapun, kami menghadapi kekangan masa sewaktu ingin mengadakan perbincangan. Kami mempunyai jadual waktu yang berbeza. Untuk memastikan setiap ahli kumpulan memberikan komitmen menghadiri perbincangan, kami akan memastikan setiap ahli mengosongkan jadual hujung minggu dan mewajibkan kehadiran mereka supaya tidak berlaku berat sebelah dalam pembahagian tugas.
 Namun begitu, terdapat seorang ahli kumpulan kami yang kerap memberikan alasan untuk tidak hadir perbincangan seperti alasan bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menghadiri perbincangan. Perkara ini amat membimbangkan kami sehingga kami telah mengambil keputusan untuk berbincang perkara ini dengannya. Pada mulanya kami telah dipersalahkan kerana dikatakan tidak memahami dirinya, tetapi kami telah mengatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing. Markah berkumpulan juga akan diberikan oleh kami mengikut skala dihujung semester, kami tidak mahu memberikan markah yang rendah kerana kurangnya penglibatan olehnya. Akhirnya, masalah ini selesai dan kami telah mendapat kata sepakat untuk mengadakan perbincangan di akhir kuliah Seminar Kewartawanan. Waktu perbincangan lain akan ditetapkan mengikut kekosongan jadual masing-masing.
Seterusnya, semasa penghasilan majalah Cedok ini, pelbagai perkara telah dipelajari dan dijadikan sebagai sebuah pengalaman yang berharga. Antaranya adalah perancangan perlulah dilakukan sebelum menghasilkan sesuatu perkara. Perancangan yang teratur akan menghasilkan majalah yang menarik minat masyarakat untuk membaca. Sekiranya sesuatu perkara dibuat secara sambil lewa, hasil yang diperoleh adalah tidak memuaskan dan memberikan kesan negatif kepada diri sendiri dan masyarakat.
Pengalaman seterusnya adalah sebelum membentuk sesebuah kumpulan, pemilihan ahli adalah penting. Pemilihan ahli adalah bertujuan memastikan sesebuah organisasi berjalan lancar dan teratur. Antara ciri-ciri ahli kumpulan perlulah rajin berusaha, tidak memberikan alasan sekiranya disuruh melakukan sesuatu pekerjaan, melakukan sesuatu tugasan dengan kemas dan memberikan idea yang bernas. Sekiranya menghadapi individu yang kerap memberikan alasan, perbincangan perlulah dilakukan untuk mengelakkan berlakunya masalah yang lebih berleluasa.


Kesimpulannya, Subjek Pengurusan dan Penerbitan Majalah ini telah memberikan pelbagai pengalaman berharga kepada pelajar Jurusan Kewartawanan, Pusat Pengajian Komunikasi. Hal ini disebabkan pelbagai perkara telah dipelajari terhadap kursus ini dari aspek penghasilan sebelum dan selepas pembikinan sesebuah majalah. Perkara yang dipelajari akan dimanfaatkan setelah tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia kelak. 

Rabu, 23 Disember 2015

PANDU ARAH KE KUBUR AHMAD AMMAR

Saya memperoleh pandu arah ke kubur arwah Ahmad Ammar dari sahabat saya yang tinggal di sana... Semoga pandu arah ini dapat membantu mereka yang berhajat untuk menziarahi kubur beliau.. mohon doakan kebaikan untuk beliau.. terima kasih

MENJEJAKI PUSARA Ahmad Ammar
1) Jika anda dari Masjid Eyyub, boleh berjalan kaki menelusuri kwsn perkuburan Eyyub Sultan yg luas & berbukit itu (dgn berjalan kaki) sepjg hampir 1 km (lebihkurang 15 minit perjalanan). Teruskan berjalan sehingga anda menemui satu simpang ke kiri, nama jln kecil itu (pd signboard merah) EBUSUUD EFENDI SOKAGI.
Jika anda pandang ke depan akan nampak selepas jln kecil itu adalah bus stop berbumbung (namanya bus stop BAHARIYE).
Jika anda pandang ke kanan adalah padang bola berpagar di tepi laut sekitar Golden Horn.
Sekarang masuk ke jln kecil tersebut, lebihkurang 5m, di sebelah kanan ada beberapa anak tangga, naik anak2 tangga tersebut, berjalan terus di laluan bersimen hingga ke hujung jalan, akan temui pusara Ammar di situ.

2) Jika menaiki bas dari Eminonu, sebaik melepasi masjid Eyyub di sebelah kiri, picit loceng & turun di bus stop pertama selepas masjid Eyyub, beri tahu pemandu bas anda nak turun di bus stop BAHARIYE (di bhgn kanan jalan). Selepas menuruni bas, di depan anda adalah laut & padang bola. Pusing ke belakang, lintas ke seberang jalan & masuk ke jalan kecil EBUSUUD EFENDI SOKAGI & seterusnya.....

3) Jika anda menaiki kenderaan kereta/van dari pusat bandar istanbul/eminonu, anda akan melepasi masjid Eyyub (di sebelah kiri), terus hingga melepasi bus stop BAHARIYE dan padang bola / pdg permainan (di sebelah kanan), terus lagi hingga nampak stesen minyak sebelah kiri, terus sedikit lagi hingga jumpa U-Turn, berpatah balik dengan belok U, terus, perlahankan kenderaan hingga sebaik melepasi bus stop BAHARIYE (kanan jalan) jumpa jalan kecil ke kanan (EBUSUUD EFENDI SOKAGI), belok ke jalan tersebut, akan nampak anak tangga & seterusnya......

Tentang Saya

JUST ADD or FOLLOW ME for get any information

by............

Facebook :
https://www.facebook.com/habibah.nordin
(Ummu Habibah Nordin)

Instagram :
Ummu Habibah Nordin

 ^_^

Thanks


BANYAK CAKAP !!!

BANYAK CAKAP
-       USTAZ MUHAMMAD -
-       IKIM. FM
-       TAIP OLEH : NURHABIBAH BINTI NORDIN
-        
Rasulullah S.A.W bersabda : Antara perkara yang paling byk menjerumus kepada neraka
-       Lubang mulutnya
-       Lubang kemaluannya

Walaupun isteri / suami byk ckp, ckp mana yang byk salahnya,??

Al-Quran menyatakan :
“Wahai orang-orang yang beriman, Jauhkanlah kamu daripada sangka2, sesungguhnya daripada sangka2 mendatangkan dosa”.

Sangka-sangka merupakan bisikan daripada syaitan.
Tanda2 :
-       Merancang-rancang
-       Tidak berasaskan pertimbangan yang waras.

Tugas syaitan yang menwas-waskan hati2 manusia melalui golongan jin dan manusia.
( surah An-Nas )
-       Maka lahirlah tuduh menuduh
-       Lahirlah fitnah
Banyak bercakap bersangka-sangka, boleh mendatangkan dosa.
Siapa yang banyak cakap, banyaklah salahnya.

Cara-cara menghilangkan was-was ialah :
-       Tingkatkan ilmu
-       Tingkatkan iman

TINGKATKAN ILMU :
Orang yang pemikirannya tahap tinggi, penuh dgn gagasan dan wawasan ialah orang yang sendiri tingkatkan ilmu ( membaca, mendengar , melihat bende2 yang bermanfaat ).

Apa yang keluar daripada mulut kita, adalah apa yang berada dalam pemikiran kita.

Tingkatkan ilmu untuk isi perkara-perkara yang bagus

TINGKATKAN IMAN :
-       Ada ketahanan
-       Contoh : Nabi Musa ketika disusahkan oleh Firaun.
-       Dengan iman, hati akan menjadi tenang dan ada daya tahanan.
-       Bukannya untuk lari daripada masalah.
-       Orang yang beriman akan rapat dengan Allah, Allah akan menganugerahkan ketenangan kepada kita.
-       Beruntungnya orang yang selalu meningkatkan iman.
-       Iman adalah anugerah yang tidak boleh dibeli di kedai.
-       Allah sahaja yang menurunkan ketenangan kepada orang yang beriman.
-       Cara meningkatkan Iman adalah ingat pada Allah ( berzikir )

“MENGELUH”
( Jangan mengeluh )

-       Syaitan meniti perkataan “kalau” daripada kita..
-       Jangan cakap perkataan “kalau”…
-       Contohnya : Kalau aku tahu… aku…
-       Mengeluh tidak akan merubah apa-apa.
-       Bila kita mengeluh, kita akan membebel… Bila kita membebel, banyak cakap dan salahnya., bila banyak salahnya, banyaklah dosanya., maka Nerakalah tempatnya.
-       Apakah ubat mengeluh ???? – Bersyukur ( banyak nikmat Allah Taala )
-       Kalau kita berlatih bersyukur, kita latih dengan lidah
-       Apabila nak membebel, ucapkan Alhamdulillah.
-       Kita ini berada di lautan nikmat.

-       Allah menguji dengan ujian dan nikmat, kita akan ingat pada Allah S.W.T
 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design