FASA AWAL (SESI 1)
KN : Assalamualaikum (mengetuk pintu)
KR : Waalaikummusalam. Silakan masuk. Jemput duduk (Kemahiran
membuka). Awak dari mana tadi?
KN : Saya dari asrama.
KR : Oh dari asrama. Saya Azyyati. Boleh panggil saya
akak. Awak pula ? Nama siapa? (Kemahiran membina hubungan)
KN : Nama saya Mia.
KR : Mia selesa duduk macam ni? Kalau tak, Mia cuba
selesakan diri. Mia. Cantik nama awak. Boleh awak perkenalkan diri? Awak
pelajar tahun berapa? (kemahiran membina hubungan)
KN : Saya pelajar tahun tiga jurusan perubatan.
KR : Oh course perubatan. Macam mana study?
KN : Ok je. Masa tahun satu dan tahun dua, saya boleh
bawak semua subjek. Yelah sebab minatkan. Tapi …………
KR : Tapi apa dik? ( kemahiran membuka- penggalak
minima)
KN : Susahlah nak cakap. Serabut kepala saya. Banyak
sangat benda saya kena fikir. Belajar lagi. Keluarga lagi. Banyak sangat beban
yang saya kena tanggung. Penatlah saya macam ni.
KR : InshaAllah akak boleh bantu. Akak merupakan
kaunselor yang ditugaskan untuk membantu klien meluahkan segala masalah. Akak
dah berpengalaman dalam bidang ini hampir 6 tahun. Semua perbincangan akak
pernah dengar dan semua perbincangan antara kita adalah rahsia. Awak bebas nak
cerita apa pun dengan akak. (kemahiran menstruktur)
KN : Menggangguk
KR : Sebenarnya apa yang merungsingkan awak? (kemahiran
membuka- penggalak minima)
KN : Saya anak sulung. Mulanya keluarga kami bahagia
tapi saya tak tahu apa masalah antara mak dan ayah. Saya tinggal kat usm, jadi
bila cuti saya balek rumah. Lepastu adik adik selalu mengadu. Kalau saya tak
balik pun, dorang akan call. Dorang akan telefon dan cerita masalah. Saya kat
sini rasanya dah cukup beban dengan assignment lagi, lab report lagi, study
case lagi. Dahlah adik beradik ramai, pastu ayah saya pulak buat hal. Dengan
duit tak cukup. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa.
KR : Kenapa dengan ayah awak? Dia buat apa? (kemahiran
membuka – menggalakkan klien bercakap)
KN : Kami semua tahu ayah ada perempuan lain. Tapi
masalahnya yang kena cari duit semuanya mak. Ayah bukannya kerja. Selalu keluar
malam. Balik pulak pagi-pagi. Pastu mabuk-mabuk. Kalau tak dapat duit, kami
adik beradik selalu kena pukul. Saya takut dengan ayah. Nak cakap dengan ayah
pun tak berani.
KR : Oh daripada apa yang saya faham, ibu dan ayah
adik ada masalah. Adik pula anak sulung. Jadi tanggungjawab jatuh kat adik dan
perkara ni la yang menganggu fikiran adik sehingga membuatkan adik stress. (
kemahiran membina matlamat – meringkas) Betul tak? ( kemahiran
menstruktur )
KN : Mengangguk.
KR : Sabar ya dik. Mesti adik rasa sedih. (
kemahiran merefleks – perasaan da nisi kandungan). (sambil menepuk-nepuk
bahu) ( kemahiran tanpa lisan, sentuhan )
KN : Oh saya lupa la kak. Saya ada kelas setengah jam
lagi. Boleh tak saya minta diri dulu.
KR : Okay, baiklah. Adik boleh balik sekarang. Kita
jumpa di sesi seterusnya ya. Hati-hati jalan.
KN : Okay kak, terima kasih.
FASA PERTENGAHAN ( SESI 2 )
KN : Assalamualaikum kak
KR : Waalaikummusalam dik. Terima kasih sebab datang lagi. Awak nampak
ceria hari ni? Dah makan ke?
KN : Dah kak. Baru balek dari KFC ni. Akak dah makan?
KR : Baru je lepas makan. Macam mana kelas hari ini?
KN : Saya baru habis test tadi. Alhamdulillah, saya boleh jawab.
KR : Wah tahniah. Kalau macam tu, boleh kita mulakan sesi kaunseling kita?
KN : Boleh akak.
KR : Daripada sesi lepas, adik mempunyai beberapa masalah dengan pelajaran
dan keluarga. Tambahan pula, ayah awak selalu pukul awak menyebabkan awak rungsing.
( Kemahiran membina matlamat- meringkas ) Jadi, apa perkembangan awak
dan keluarga sekarang? (kemahiran menyoal)
KN : Sejak sesi lepas, saya cuba menguatkan diri mendekati ayah untuk
berbincang masalah yang berlaku antara ibu dan ayah. Mulanya ayah macam kurang
setuju dengan saya. Dia marah sebab saya masuk campur dalam urusan mereka. Tapi
saya katakan kepada ayah kalau bukan saya, siapa lagi yang nak tolong
selesaikan masalah ini.
KR : Seterusnya, apa yang terjadi? (kemahiran soalan tertutup)
KN : Sedikit demi sedikit ayah mula bersetuju dengan apa yang saya cakap.
Ayah cerita pada saya, dia pun baru sedar perempuan yang selalu keluar dengan
dia hanya nak duit ayah saja. Bukannya sayang dia pun. Lagipun ayah saya baru
dapat harta pusaka. Jadi, masalah kewangan dah berkurang sikit. Tapi timbul
pula masalah lain. Mak saya…….
KR : Kenapa dik? Kenapa dengan mak awak? ( kemahiran menyoal – soalan
terbuka)
KN : Mak saya dah tawar hati. Dia dah tak nak tinggal dengan ayah saya
lagi. Kata mak , dia tak nak pisang berbuah dua kali. Mak pun ingat saya dah
bersengkongkol dengan ayah. Tapi sebenarnya tak, saya yang ajak ayah
berbincang.
KR : Kamu ada cuba pujuk mak? Terangkan perkara sebenar.
KN : Belum sempat saya habiskan kata-kata, mak suruh saya diam. Jadi, saya
tak berani nak cakap lebih-lebih. (sambil mengeluh) ntahlah kak.
KR : Mak suruh kamu diam atau kamu sendiri yang mendiamkan diri? (kemahiran
mencabar – membuat konfontasi)
KN : Mana ada kak.
KR : Akak rasa masa mula-mula awak cakap awak takut dengan ayah tapi awak
beranikan diri untuk cakap dengan ayah. Sekarang apa salahnya awak beranikan
diri cakap dengan mak pula. (kemahiran mencabar- membuat konfontasi)
KN : Sebab masa tu, ayah macam dah ok, dia dah dalam macam keadaan waras.
Tapi masa saya cakap dengan mak, mak tak boleh kawal emosi. Dia nangis teruk.
Jadinya saya diam. Tambah pula, saya rapat dengan mak. Saya tak sanggup tengok
mak nangis. Jadi saya diam.
KR : Adik sepatutnya jumpa mak dan ayah sekaligus. Maknanya perbincangan tu
semua orang boleh dengar. Jadi , takdela berlaku salah faham. Sebenarnya, lagi
elok adik bercakap dengan dua-dua sekali. Jadi, mak dan ayah boleh respons (kemahiran
melatih – demonstrasi secara live)
KN : Mengangguk
KR : Adik bawak la mak ayah pergi tempat kenangan mereka. Mungkin mereka
boleh mengimbau kenangan indah masa lalu. (kemahiran melatih- demonstrasi
secara live)
KN : Ha’ahlah kak. Mak pernah cerita dulu masa muda-muda mak dan ayah
selalu pergi pantai. Mak selalu keluar berjalan dengan ayah.
KR : Haa..dah fikir dah tempat mana nak pergi? (kemahiran melatih –
mengulang)
KN : Senyum. Dah kak. Kat Pantai Batu Feringgi. InshaAllah, nanti
saya cuba bawa mereka.
KR : Okay. Oh ya. Pelajaran awak pula macam mana sekarang? (Kemahiran
menyoal)
KN : Oh pasal belajar, pada saya ok ja. Kalau nak dibandingkan dengan kawan
yang lain, saya rasa ntahlah..saya agak ketinggalan. Walaupun diorang asyik
bergaduh. Tapi dorang selalu pesan jangan mengabaikan pelajaran sebab pelajaran
tu penting untuk membantu masa depan kami sekeluarga.
KR : Berdasarkan apa yang awak cerita, walaupun awak ada masalah keluarga
tapi mereka sentiasa ingatkan awak tentang betapa pentingnya pelajaran. (kemahiran
merefleks – perasaan dan isi kandungan)
KN : Walau macam manapun, bila mak ayah bergaduh tetap menganggu saya untuk
belajar. Benda tu membuatkan saya tak boleh fokus kak.
KR : Pada pendapat akak, awak ada semangat yang kuat untuk belajar walaupun
mempunyai pelbagai tekanan datangnya dari keluarga. (kemahiran mencabar –
memberikan maklum balas)
KN : Betul jugak. Terima kasih kak. Lepas jumpa akak ni, saya rasa beban
saya ringan sikit. Terima kasih sangat kak.
KR : Baiklah dik, sampai sini saja sesi kita untuk hari ini. Nanti kita
jumpa lagi untuk sesi seterusnya.
KN : Nanti kita jumpa lagi ya.. Bye… J