Sabtu, 15 Disember 2018

PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN MEMANDU KELAS D

Setiap orang ada pengalaman mengambil lesen memandu tersendiri..ada yg cepat dan ada yg lambat.. rezeki org tak sama ye anak2.. huhu...

Cik Bib pn ad pengalaman tersendiri.. orang kata belajar la kereta manual, nt bole bawak semua jenis kereta.. Cik Bib pn dgr la nasihat orang... amekla kereta manual.

Time belajar tu mmg sakit la..sbb kena belajar fungsi cluth... kena hafal Rutin Pemeriksaan Kenderaan dan Rutin Sebelum Memandu... Stakat ni RPK n RSM adalah dua perkara paling senang sbb Cik Bib bole hafal dua bnda tu tak sampai seminggu.. dua hari je.. tips nya.. kena baca, hafal dan fahami... sbb nt seumur hidup kena bawak sebuah kereta..time tu la ilmu yg dipelajari la akan diguna pakai untuk keselamatan...

Tips yg lain nt Cik Bib akan ajar di ruangan lain start dari Bukit, Parking Sisi, Tiga Penjuru, Selekoh Z dan Selekoh S tu... Sebab skearang Cik Bib nak kongsi pengalaman secara keseluruhan dlu.. hehe

TEST JPJ

Time Cik Bib sampai 3 kali amek test jpj.. Jalan raya lulus tapi litar failed wey... masa mula2 Cik Bib amek test sistem ujian tu berubah dpn kitorg...pegawai jpj x bole duk dlm kereta.. kena duk luar.. dh la time tu cuaca panas gile, angka giliran pulak time tu Cik Bib lak kedua awal...hmm...... first Cik Bib tak lepas bahagian parking sisi tu.. lepas parking tu confident betul angkat tgn even jpj dh bagi chance...haha..jpj siap tanya "awak dh siap parking atau belum? Cik Bib pn angkat tangan wey.. skali dy suruh Cik Bib turun... dh agak dh nasib Cik Bib ckup x baik wktu tu..huh,. bumper iolss trlebih sikit je ats garisan kuning.. so sad.. pstu bole jpj tu tanya "dik, awak penat sgt ke?" Haha.. iolss mengiyakan.. adui nampak sgt ea penat... 😂

Kali kedua lak Cik Bib tak lepas bukit berhantu tu... 😂 spjg belajar, Cik Bib tak pernah ad masalah dgn bukit..skali time test bole pula kereta tu stuck kt bahagian tu.. kereta mengaum tapi terundur ke belakang..mse tu dh la dh angkat tgn... jpj suruh turun lagi..😂 Cik Bib try merayu kt jpj utk bagi lulus.. dy mcm serba salah... haha.. dy kata kt "jumpa lagi minggu depan"... 😂 so, failed la utk kali keduanya.. lepas dpt result tu.. Cik Bib cm nak nangis..menjerit atas litar.. huhu... dua hari x lalu makan.. bad mood memanjang.. Cik Bib nangis rasa cm nak buat apa2,  useless ssgt.. Cik Bib ngadu kt semua org.. haha... sampai bf ajak Cik Bib keluar.. siap bagi surprise semata mata nak pujuk Cik Bib.. thanks semua ❤

Test yg ktiga Cik Bib amek.. Cik Bib tawakal je... doa agar baik2 sahaja hendaknya.. alhamdulillah, cuaca hari tu sgt baik..sejuk je sbb hujan.. haha.. pstu angka giliran pulak no.3... kdg2 benda ni pn jadi faktor gk.. kalau bole jgn dpt no trlalu awal... pegawai jpj lak Cik Bib dpt yg sporting... dlm kereta siap bagi tazkirah kt Cik Bib.. ko rase?? Haha... spjg amek test kali ketiga ni, Cik Bib rasa semua benda yg Cik Bib buat sgt smooth.. mcm "Ya Allah, senang nya" 😁 parking pn rasa cantik.. siap ad guru jerit dari jauh "cik bib, parking cantik dan trrbaik".. jpj pn kata "good", siap buat thumbs up lagi... time tu kakiku dh start menggigil 😅 awal sgt ni dorg nak puji aq..haha.. Cik Bib pn msuk tiga penjuru, buat selekoh z n selekoh s tu... rasa cm kereta sgt bagi kerjasama yg baik..

Lepas dh dgr ayat "Cik Habibah, awak lulus".. Cik Bib dh start senyum sampai ke telinga.. haha... spjg perjalanan blek umah, muka ni asyik senyum je.. like iolss mimpi ke? Haha.. but still rasa bersykur sgt..alhamdulillah.. the conclusion is, if u gagal skali, tak bermakna dunia ni akan berakhir.. 😅 just usaha lagi, bykkan berdoa.. percaya pada diri sendiri.. anggap la test jpj ni adalah latihan spjg u atas litar... anggap jpj tu mcm cikgu.. muka dorg je straight.. dlm hati tu baik sbnrnya.. cuma pada nasib la.. klo u dpt pegawai jpj yg bad mood, maka bersiap sedia la... sgala kesalahan u akan dicarikk 😂 for those yg nak amek lesen, jgn putus asa dan teruskan usaha hingga brjaya.. good luck dan selamat maju jaya 😄


Jumaat, 3 Ogos 2018

TRIP KE KOTA KINABALU - KUNDASANG - RANAU SABAH (4H3M)

Assalamualaikum n hi guys!



Minggu lepas, Cik Bib dengan dua orang sahabat Cik Bib pergi bercuti di Sabah sambil menenangkan fikiran. Alhamdulillah, rezeki kami sebab dapat meluangkan masa bersama-sama di negeri orang. Bak kata pepatah tu..."Jauh perjalanan, luas pengalaman"... Selepas setahun merancang, akhirnya dapat juga kami bertiga terbang ke Sabah.

Kami memilih 3 tempat di Sabah sebagai lokasi utama percutian iaitu Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau. Sebenarnya tahun ni dah dua kali Cik Bib pergi ke Kota Kinabalu, KK...Pertama tu atas urusan kerja, kedua adalah berjalan...

Cik Bib excited giler sebenarnya nak kongsi pengalaman Cik Bib sepanjang bercuti di sana. Tapi..untuk perkongsian pertama ni Cik Bib rasa better Cik Bib kongsi dulu itinerary perjalanan kami selama 4 Hari 3 Malam...Semoga itinerary di bawah bermanfaat dan membantu percutian anda nanti ^_^


ITINERARY DI SABAH (27 JULAI HINGGA 30 JULAI )

HARI PERTAMA (27 JULAI)
LOKASI KOTA KINABALU...

12:00 PM : TIBA DI KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT (KLIA)
2:05 PM : BERTOLAK DARI KLIA (MALINDO AIR)
5.30 PM : TIBA DI KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT (KKIA)
6.00 PM : PICK UP KERETA SEWA + ISI MINYAK
6.30 PM : CHECK IN HALO HOSTEL DAN BEREHAT/ SOLAT
8.00 PM : BERTOLAK KE PUSAT MEMBELI BELAH MARRIOT
9.00 PM :  MAKAN DI API-API CENTRE (KEDAI SELERA LAKSAMANA)
11.00 PM : BALIK MEMBUTA

HARI KEDUA (28 JULAI)
LOKASI RANAU + KUNDASANG

5.00 AM : BANGUN DARI TIDO / MANDI / SOLAT
6.00 AM : BERTOLAK KE KUNDASANG
8.00 AM : TIBA DI KUNDASANG, TERUS KE KINABALU PARK. BERGAMBAR DI "SELAMAT MENDAKI", MOUNTAIN GARDEN, KINABALU VIEW POINT DAN DAKI SEDIKIT SAMPAI KAKI BUKIT GUNUNG KINABALU.
12.15 PM : BERTOLAK KE PEKAN KUNDASANG
12.30 PM : SARAPAN + MAKAN TENGAHARI (BRANCH) DI KFC KUNDASANG, PEKAN KUNDASANG
1.00 PM : BERTOLAK KE  PORING HOT SPRING (BERGAMBAR SAHAJA / TAK MANDI)
1.30 PM : BERTOLAK KE TAGAL FISH MESSAGE SPA, SG MAROLO, KG LUANTI (BUAT RENDAMAN KAKI)
2.50 PM : BERTOLAK KE SABAH TEA
5.00 PM : CHECK IN DI SLAGON HOMESTAY, RANAU (BEREHAT + SOLAT)
7.00 PM : MAKAN MALAM DI PEKAN KUNDASANG
9.00 PM : BERTOLAK BALIK HOMESTAY DAN BEREHAT


HARI KETIGA (29 JULAI)
LOKASI KUNDASANG + KOTA KINABALU)

6.00 AM : BANGUN PAGI + SOLAT
7.00 AM : CHECK OUT DAN BERGAMBAR DI  HOMESTAY, RANAU (SBB HOMESTAY CANTIK..hehe)
7.05 AM : BERTOLAK KE KUNDASANG
7.30 AM : BELI SARAPAN DAN TERUS BERGERAK KE DESA DAIRY FARM
7.45 AM : SARAPAN DALAM KERETA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU MELAWAT DIBUKA
8.00 AM : TIBA DI DESA DAIRY FARM
10:15 AM : BERTOLAK KE SOSODIKON HILLS (MENDAKI)
11.20 AM : BERTOLAK KE KUNDASANG WAR MEMORIAL
12.45 PM : BELI MAKANAN TENGAHARI + SINGGAH DI PETRONAS BERDEKATAN (SOLAT + PUMP TAYAR)
1.40 PM : BERTOLAK KE RUMAH TERBALIK + 3D WONDERS MUSEUM
5.00 PM : BERTOLAK KE KOTA KINABALU MELALUI JAMBATAN TAMPARULI
6.00 PM : LALU DI HADAPAN MASJID TERAPUNG KOTA KINABALU
6.15 PM : TIBA DI TELUK LIKAS II, KOTA KINABALU
7.40 PM : BERTOLAK KE PASAR SINSURAN (MEMBELI-BELAH)
8.10 PM : MAKAN MALAM DI ASTAN FOOD, PASAR SINSURAN
10.00 PM : CHECK IN STORY TEL HOTEL + BEREHAT

HARI KEEMPAT (30 JULAI)
KOTA KINABALU

7.30 AM : CHECK OUT HOTEL
8.00 AM : BERTOLAK KE TODAK WOTERFRONT
9.00 AM : BERTOLAK KE OCEANUS
10.00 AM :  BERTOLAK KE KKIA, SARAPAN, HANTAR KERETA SEWA DAN BOARDING
12.00 PM : TIBA DI KLIA


Rabu, 11 April 2018

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI CRUISE DI TASIK PUTRAJAYA

Good evening everyone!

Kali ni Cik Bib nak kongsi pengalaman pertama Cik Bib menaiki cruise merentasi Tasik Putrajaya yang merupakan tasik buatan manusia di Putrajaya...


Bagi Cik Bib, cruise merupakan satu tarikan yang amat penting buat rakyat di Malaysia dan pelancong asing yang berkunjung di sini. Asyik naik kapal terbang, bus, kereta dan motosikal je kan... So, Cik Bib bercadang untuk menaiki cruise memandangkan baru-baru ni Cik Bib stress sebab rumah sewa baru lepas kena pecah masuk oleh penjenayah yang bukan nak kan barang tapi manusia... fahamkan?? Cik Bib pun pergi ke Cruise Tasik Putrajaya lepas balik dari terapi di klinik...

Memandangkan stress Cik Bib berada di level yang tinggi, housemate Cik Bib namanya Kak Wan Hani pun bercadang untuk berjalan-jalan dengan Cik Bib.. Kami plan menaiki cruise je memandangkan inilah pertama kali menaiki cruise....

Tak perlu jauh-jauh nak ke Eropah.. Malaysia pun ada!
Murah dan berbaloi!!!




Cruise Tasik Putrajaya
Jeti Putra, Jambatan Putra,
Presint 1, 62200 Putrajaya, Malaysia.

Tel : +6 03 - 8888 5539

Website : http://www.cruisetasikputrajaya.com

Email : sales@cruisetasikputrajaya.com

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 11 pg - 6.30 ptg
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10 pg - 7 mlm


Selepas menunggu beberapa minit dan tibanya giliran kitorang, Cik Bib pun meluru masuk ke laluan pintu masuk yang tersedia..


Semasa melalui ke laluan Cruise... terdapat beberapa pameran gambar yang turut dipamerkan di sini... terdapat sejarah tertubuhnya cruise ni.. Takkan nak tahu naik je kan??? Mestila nak tahu sejarah juga..so, Cik Bib ngn housemate pun sempat membaca...


ni housemate Cik Bib... Wan Hani namanya... hehe

Selepas melepasi dua pintu... akhirnya Cik Bib berjaya juga melihat cruise dari jarak dekat... Tak sabarnya nak naik... Meyh Cik Bib nak belanja sekeping gambar kenang-kenangan... haha



Nama cruise yang kami naiki adalah "DAUN" ... Alaaa terbalik pulak tulisannya...



Ramai foreigner dalam cruise ni.... Bole la fefeelingg ada kat luar negara!





Thanks to this auntie sebab amek gambar kitorang..so sebagai balasan, kami amekkan gambar pula.. katanya takut nak keluar g hujung cruise tapi sebab bersama husband tercinta, dia gagahi jua... hihi




Selfie dengan kapten yang bawa kami semua jalan-jalan....  thumbs up!... Kak Wan kata nak bergambar dengan beliau.... so, aku pun bolelaaaa...haha


Nampak tak foreigner ramai-ramai kat belakang tu???

Nah...sedikit pemandangan dari atas Cruise... 








Begitulah sedikit coretan dari Cik Bib untuk korang yang berminat untuk menaiki Cruise merentasi tasik buatan manusia di Putrajaya.... Tak rugi pun kalau korang naik sekali seumur hidup... ^^

So..sesiapa yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya.. jangan lepaskan peluang.. Siapa kata kawasan pentadbiran takde cruise? hihihihihi....

















PERTAMA KALI NAK MENGUNDI? NAH…PANDUAN BERGUNA UNTUK PEMILIH BARU…

Menanti detik Pilihan Raya Umum ke-14 adalah mendebarkan khususnya buat pemilih baru yang bakal mengundi pada 9 Mei ini. Untuk yang pertama kali membuang undi, mesti rasa nervous kan? Mungkin ada yang mula berfikir nak kena buat apa sebelum mengundi?
Bagi memastikan proses pilihan raya nanti berjalan lancar, nah…sedikit panduan supaya korang tak kelam kabut sebelum nak mengundi…
1) PASTIKAN KORANG SEMAK DIMANA NAK MENGUNDI
– Sebelum mengundi, pastikan nama dan no kad pengenalan korang dah daftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
  • Korang boleh semak di laman web SPR sama ada korang layak membuang undi atau tak. Masukkan no kad pengenalan dan Aksara Captcha yang tertera, semua details korang ada tulis kat situ…
2) ELAKKAN MEMBUAT UNDI ROSAK
– Undi rosak bermakna korang melukis, menconteng atau mencacatkan kertas undi dengan tulisan-tulisan yang tidak mendatangkan faedah dalam proses pengundian. Dinasihatkan bahawa mengundi hanya sekali dalam tempoh 5 tahun, jadi gunakan kesempatan ini sebaik mungkin.
– Undi lebih dari satu calon juga merupakan undi rosak… ingat, pangkah satu je tau!
3) JANGAN LUPA BAWA 3 PERKARA INI SEMASA MENGUNDI
– Datang awal! Ini sangat penting bagi mengelakkan korang terpaksa beratur lama di luar
– Bawa kad pengenalan… Kalau takde kad pengenalan, misalnya rosak atau hilang… bawa lesen atau kad pengenalan sementara yang tertulis no kad pengenalan anda. Dah hilang.. buat laporan terus ke Jabatan Pendaftaran Negara.
– Pakai pakaian yang sopan… Tak perlu pun nak pakai pakaian yang ada muka calon, nama parti atau logo.. Tak perlu pun! Pertama sebab undi adalah rahsia! Kedua, adalah disebabkan tak memberikan kesan kepada pengundian tersebut.
4) IKUTI 7 LANGKAH PENGUNDIAN DI BAWAH
– sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal
– Serahkan kad pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama.
– Tunjukkan tangan dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
– Bergerak ke hadapan dan letakkan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jar dan tunggu nama anda dipanggil
– Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan. Kerani pengundian pertama akan membua tanda pada nombo dan nama dalam buku daftar pemilih
– Bergerak ke petak undi dan tandakan pangkah pada ruang calon.
– Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing
– Keluar segera dari tempat mengundi
SELESAI !!!
TAHNIAH KERANA ANDA SUDAH MENGUNDI DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA NEGARA!
^_^

Selasa, 10 April 2018

BERPANAS BERHUJAN DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Penat tapi menenangkan! Memandangkan hari tu dah ke Astaka Morocco... kali ni Cik Bib nak cerita sikit keberadaan Cik Bib kat Taman Botani, Putrajaya... Cik Bib  pergi tanpa ditemani sesiapa... so, memang selfie la yang banyak... Mula-mula masuk memangla panas... lama2 hujan makin lebat kt sini....haha

Waktu Cik Bib  masuk ke Taman Botani ni, Cik Bib  melalui pintu dari Astaka Morocco... Kalau korang masuk melalui pintu Pusat Interpretif Pelawat, korang akan nampak tempat yang Cik Bib  tunjukkan kt bawah ni... Lawa weyh... Sesuai untuk bergambar.. Masa Cik Bib amek gambar ni pun time keluar dari Taman Botani tapi okayla sebab dah alang-alang ke Astaka Morocco tu kan... ^^



Nak masuk taman ni terdapat banyak tempat yang boleh korang pergi....bole je ikut signboard kt bawah ni kalau tak tahu nak pergi mana dulu ^^



Kalau rasa jalan kaki tu jauh...bole je nak sewa basikal...
Waktu operasi Sewaan Basikal (RM 8 Sejam)
Sabtu - Khamis = 9 AM - 12 PM dan  2 PM - 5 PM
Jumaat = 9 AM - 11 AM dan 3 PM - 5 PM
Tapi disebabkan Cik Bib masuk melalui Astaka Morocco, so.... kat bawah adalah perjalanan menuju ke Taman Botani... Shortcut la senang citer... tak jauh pun dari taman ni.. So.. jalan kaki jela... panas sikit je pun...huhu




Terdapat tasik yang menghubungkan taman ni dengan seluruh tasik buatan manusia area Putrajaya..ni.... Cik Bib suka betul dengan jambatan ni... walaupun tak berapa nak kukuh, tapi nampak cantik... Jambatan ni berbentuk zig-zag....Korang jangan melompat pulak kat atas ni... haha



Yes! I did it!!....
Dah namanya botani, maka banyaklah tumbuh-tumbuhan ye dak!... Sesuai untuk pencinta alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan macam Cik Bib... hihi... 








Meyh Cik Bib nak bawa jalan-jalan pergi melawat Taman Paku Pakis.... ^^ Nak menuju ke Taman Paku Pakis kena naik sedikit bukit... Cik Bib gigihkan jugala walaupun Cik Bib kurang gemar naik bukit2 ni.... tapi sebab Cik Bib nak tengok juga apa yang ada kat situ... Cik Bib pun gagahi jua...^^ Macam-macam jenis paku pakis ada dekat sini... nak petik boleh x? nak buat masak! hahaha





Habis jalan-jalan kawasan tanaman paku pakis.. Cik Bib jalan terus menuju ke satu anak bukit ... Cik Bib pun naiklah satu bukit bertangga yang dibuat dari batu yang agak tinggi... Bukit ni dinamakan Sigai Seri... Cik Bib melalui Laluan Pandanus daripada tasik... Landskap kt sini sangat la cantik... 





Masa nak otw ke atas, korang akan melihat di sebelah kiri bukit ada satu Terowong Bukit Kertas. Cik Bib pun menyinggah la kejap ^^ 




Cik Bib meneruskan perjalanan menaiki tangga berbatu ni... Tangga ni menuju ke mana? Naik je tapi x tau arah tuju kan? Cik Bib la tu...Cik Bib naik je tangga ni tapi tak tahu menuju ke mana... 

Namun, makin lama makin tinggi la Cik Bib naik sampai tak sedar hujan membasahi bumi... tapi Cik Bib masih lagi tak berputus asa nak tahu apa ada kat atas??

Kat atas ada Sundial di Taman Suria.... Apa pulak Sundial ni... meyh ler Cik Bib bawa korang g sana... haha



Oh...ni la Sundial...akhirnya jumpa juga penhujung bukit bertangga batu ni ^^

Penat jugak nak atas ni... Cik Bib pun amek masa dua-tiga minit je atas sebab sorang-sorang waktu tu... tak berani la pulak...haha.. Cik Bib pun turun menuruni tangga dan berehat kat tepi tasik ambil angin sebelum pulang ke rumah....




Dari jauh boleh nampak Jabatan Perdana Menteri....^^

Sekian saja coretan Cik Bib melawat ke Taman Botani Putrajaya...Begitu tenang, hati pun senang.... Hujan pun tak menghalang Cik Bib untuk menghabiskan perjalanan di dalam ni... So, sapa2 yang rasa nak melancong kat Putrajaya.. boleh la datang ke sini.. Masuk percuma sahaja!...Alhamdulillah... seronok sangat-sangat! ^^






























 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design