Khamis, 24 Disember 2015

SKRIP KEMAHIRAN KAUNSELING (USM) - KUMPULAN 75

Skrip ini dikongsi bersama. Mohon tiada plagiat. Sekiranya didapati plagiat, anda akan dikenakan akta hak cipta...Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan.. Skrip ini menyebabkan kami telah memperolehi markah A- dalam carrymark Kaunseling... :^_^

FASA AWAL (SESI 1)
KN : Assalamualaikum (mengetuk pintu)
KR : Waalaikummusalam. Silakan masuk. Jemput duduk (Kemahiran membuka). Awak dari mana tadi?
KN : Saya dari asrama.
KR : Oh dari asrama. Saya Azyyati. Boleh panggil saya akak. Awak pula ? Nama siapa? (Kemahiran membina hubungan)
KN : Nama saya Mia.
KR : Mia selesa duduk macam ni? Kalau tak, Mia cuba selesakan diri. Mia. Cantik nama awak. Boleh awak perkenalkan diri? Awak pelajar tahun berapa? (kemahiran membina hubungan)
KN : Saya pelajar tahun tiga jurusan perubatan.
KR : Oh course perubatan. Macam mana study?
KN : Ok je. Masa tahun satu dan tahun dua, saya boleh bawak semua subjek. Yelah sebab minatkan. Tapi …………
KR : Tapi apa dik? ( kemahiran membuka- penggalak minima)
KN : Susahlah nak cakap. Serabut kepala saya. Banyak sangat benda saya kena fikir. Belajar lagi. Keluarga lagi. Banyak sangat beban yang saya kena tanggung. Penatlah saya macam ni.
KR : InshaAllah akak boleh bantu. Akak merupakan kaunselor yang ditugaskan untuk membantu klien meluahkan segala masalah. Akak dah berpengalaman dalam bidang ini hampir 6 tahun. Semua perbincangan akak pernah dengar dan semua perbincangan antara kita adalah rahsia. Awak bebas nak cerita apa pun dengan akak. (kemahiran menstruktur)
KN : Menggangguk
KR : Sebenarnya apa yang merungsingkan awak? (kemahiran membuka- penggalak minima)


KN : Saya anak sulung. Mulanya keluarga kami bahagia tapi saya tak tahu apa masalah antara mak dan ayah. Saya tinggal kat usm, jadi bila cuti saya balek rumah. Lepastu adik adik selalu mengadu. Kalau saya tak balik pun, dorang akan call. Dorang akan telefon dan cerita masalah. Saya kat sini rasanya dah cukup beban dengan assignment lagi, lab report lagi, study case lagi. Dahlah adik beradik ramai, pastu ayah saya pulak buat hal. Dengan duit tak cukup. Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa.
KR : Kenapa dengan ayah awak? Dia buat apa? (kemahiran membuka – menggalakkan klien bercakap)
KN : Kami semua tahu ayah ada perempuan lain. Tapi masalahnya yang kena cari duit semuanya mak. Ayah bukannya kerja. Selalu keluar malam. Balik pulak pagi-pagi. Pastu mabuk-mabuk. Kalau tak dapat duit, kami adik beradik selalu kena pukul. Saya takut dengan ayah. Nak cakap dengan ayah pun tak berani.
KR : Oh daripada apa yang saya faham, ibu dan ayah adik ada masalah. Adik pula anak sulung. Jadi tanggungjawab jatuh kat adik dan perkara ni la yang menganggu fikiran adik sehingga membuatkan adik stress. ( kemahiran membina matlamat – meringkas) Betul tak? ( kemahiran menstruktur )
KN : Mengangguk.
KR : Sabar ya dik. Mesti adik rasa sedih. ( kemahiran merefleks – perasaan da nisi kandungan). (sambil menepuk-nepuk bahu) ( kemahiran tanpa lisan, sentuhan )
KN : Oh saya lupa la kak. Saya ada kelas setengah jam lagi. Boleh tak saya minta diri dulu.
KR : Okay, baiklah. Adik boleh balik sekarang. Kita jumpa di sesi seterusnya ya. Hati-hati jalan.
KN : Okay kak, terima kasih.




FASA PERTENGAHAN ( SESI 2 )

KN : Assalamualaikum kak
KR : Waalaikummusalam dik. Terima kasih sebab datang lagi. Awak nampak ceria hari ni? Dah makan ke?
KN : Dah kak. Baru balek dari KFC ni. Akak dah makan?
KR : Baru je lepas makan. Macam mana kelas hari ini?
KN : Saya baru habis test tadi. Alhamdulillah, saya boleh jawab.
KR : Wah tahniah. Kalau macam tu, boleh kita mulakan sesi kaunseling kita?
KN : Boleh akak.
KR : Daripada sesi lepas, adik mempunyai beberapa masalah dengan pelajaran dan keluarga. Tambahan pula, ayah awak selalu pukul awak menyebabkan awak rungsing. ( Kemahiran membina matlamat- meringkas ) Jadi, apa perkembangan awak dan keluarga sekarang? (kemahiran menyoal)
KN : Sejak sesi lepas, saya cuba menguatkan diri mendekati ayah untuk berbincang masalah yang berlaku antara ibu dan ayah. Mulanya ayah macam kurang setuju dengan saya. Dia marah sebab saya masuk campur dalam urusan mereka. Tapi saya katakan kepada ayah kalau bukan saya, siapa lagi yang nak tolong selesaikan masalah ini.
KR : Seterusnya, apa yang terjadi? (kemahiran soalan tertutup)
KN : Sedikit demi sedikit ayah mula bersetuju dengan apa yang saya cakap. Ayah cerita pada saya, dia pun baru sedar perempuan yang selalu keluar dengan dia hanya nak duit ayah saja. Bukannya sayang dia pun. Lagipun ayah saya baru dapat harta pusaka. Jadi, masalah kewangan dah berkurang sikit. Tapi timbul pula masalah lain. Mak saya…….
KR : Kenapa dik? Kenapa dengan mak awak? ( kemahiran menyoal – soalan terbuka)
KN : Mak saya dah tawar hati. Dia dah tak nak tinggal dengan ayah saya lagi. Kata mak , dia tak nak pisang berbuah dua kali. Mak pun ingat saya dah bersengkongkol dengan ayah. Tapi sebenarnya tak, saya yang ajak ayah berbincang.
KR : Kamu ada cuba pujuk mak? Terangkan perkara sebenar.
KN : Belum sempat saya habiskan kata-kata, mak suruh saya diam. Jadi, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. (sambil mengeluh) ntahlah kak.
KR : Mak suruh kamu diam atau kamu sendiri yang mendiamkan diri? (kemahiran mencabar – membuat konfontasi)
KN : Mana ada kak.
KR : Akak rasa masa mula-mula awak cakap awak takut dengan ayah tapi awak beranikan diri untuk cakap dengan ayah. Sekarang apa salahnya awak beranikan diri cakap dengan mak pula. (kemahiran mencabar- membuat konfontasi)
KN : Sebab masa tu, ayah macam dah ok, dia dah dalam macam keadaan waras. Tapi masa saya cakap dengan mak, mak tak boleh kawal emosi. Dia nangis teruk. Jadinya saya diam. Tambah pula, saya rapat dengan mak. Saya tak sanggup tengok mak nangis. Jadi saya diam.
KR : Adik sepatutnya jumpa mak dan ayah sekaligus. Maknanya perbincangan tu semua orang boleh dengar. Jadi , takdela berlaku salah faham. Sebenarnya, lagi elok adik bercakap dengan dua-dua sekali. Jadi, mak dan ayah boleh respons (kemahiran melatih – demonstrasi secara live)
KN : Mengangguk
KR : Adik bawak la mak ayah pergi tempat kenangan mereka. Mungkin mereka boleh mengimbau kenangan indah masa lalu. (kemahiran melatih- demonstrasi secara live)
KN : Ha’ahlah kak. Mak pernah cerita dulu masa muda-muda mak dan ayah selalu pergi pantai. Mak selalu keluar berjalan dengan ayah.
KR : Haa..dah fikir dah tempat mana nak pergi? (kemahiran melatih – mengulang)
KN : Senyum. Dah kak. Kat Pantai Batu Feringgi. InshaAllah, nanti saya cuba bawa mereka.
KR : Okay. Oh ya. Pelajaran awak pula macam mana sekarang? (Kemahiran menyoal)
KN : Oh pasal belajar, pada saya ok ja. Kalau nak dibandingkan dengan kawan yang lain, saya rasa ntahlah..saya agak ketinggalan. Walaupun diorang asyik bergaduh. Tapi dorang selalu pesan jangan mengabaikan pelajaran sebab pelajaran tu penting untuk membantu masa depan kami sekeluarga. 
KR : Berdasarkan apa yang awak cerita, walaupun awak ada masalah keluarga tapi mereka sentiasa ingatkan awak tentang betapa pentingnya pelajaran. (kemahiran merefleks – perasaan dan isi kandungan)
KN : Walau macam manapun, bila mak ayah bergaduh tetap menganggu saya untuk belajar. Benda tu membuatkan saya tak boleh fokus kak.
KR : Pada pendapat akak, awak ada semangat yang kuat untuk belajar walaupun mempunyai pelbagai tekanan datangnya dari keluarga. (kemahiran mencabar – memberikan maklum balas)
KN : Betul jugak. Terima kasih kak. Lepas jumpa akak ni, saya rasa beban saya ringan sikit. Terima kasih sangat kak.
KR : Baiklah dik, sampai sini saja sesi kita untuk hari ini. Nanti kita jumpa lagi untuk sesi seterusnya.

KN : Nanti kita jumpa lagi ya.. Bye… J


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Cik Bib's Suka Travel Template by Ipietoon Cute Blog Design